Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari, bermula hari ini.<br /><br />Seri Paduka Baginda akan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara setelah menjalani pemeriksaan kesihatan susulan yang dijangkakan selesai pada hujung minggu ini.
